Fahmi_LFC Admin
Posts : 5 Join date : 09/11/2011 Age : 26 Location : Penang , Malaysia
| Subject: Sucinya Kucing . Fri Nov 11, 2011 3:45 pm | |
| Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di dalam bekas sampai kucing itu minum.
*Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” *Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” *Ia menjawab, “Ya.” *Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Kucing itu bukan najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah”. (HR Tirmizi, An-Nasa’i, Abu Daud, dan Ibnu Majah).
Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah SAW telah bersabda :
“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.~ MZ | |
|